Seminar Percuma! Asas Resdung & Program Pembangunan Usahawan dR Resd Siri 1

FAP_0850 FAP_0854 FAP_0927 FAP_0921 FAP_0913 FAP_0870

Alhamdulillah, seminar sulung ini berjaya diadakan di PKNS BizPoint, Seksyen 7 Shah Alam pada 26 Januari 2013 yang lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta. Pendaftaran dimulakan pada jam 9.00 pagi, namun jam 8.30 pagi sudah ada peserta yang hadir dan sangat teruja dengan semangat mereka.

Seminar dimulakan dengan senaman ringan oleh krew Hijrah Shoppe kira-kira jam 9.30 pagi sebagai teknik pemanas badan peserta. Sesi awal pagi dimulakan oleh En. Shahir Al Farid, selaku CEO Hijrah Shoppe & Founder pakarresdung.com menerangkan tentang apakah itu resdung secara umum. Beliau seterusnya membuka peluang kepada peserta untuk melontarkan soalan-soalan yang membelenggu mereka selama ini. Respon dari perserta sangat hebat dan 10 soalan dikumpul dan dicatat di whiteboard. Sesi seterusnya ialah bersama Dr. Radziah A.Aziz, pakar perubatan Homeopathy. Beliau menerangkan tentang masalah, gejala dan risiko penghidap resdung dari sudut perubatan. Beliau juga banyak mendedahkan tentang kes-kes rawatan resdung yang beliau kendalikan dan bagaimana cara-cara dan tips bagi mengatasi resdung. Sesi tengahari disambung lagi dengan taklimat program pembangunan usahawan dR Resd, disampaikan oleh En. Shahir Al Farid. Beliau mendedahkan tentang potensi bisnes terapi resdung ini yang dapat menjana pendapatan yang lumayan. dR Resd adalah kaedah terapi resdung yang berasaskan kepada prinsip 3R.

  1. Rawatan pada punca masalah
  2. Rawatan luaran dan dalaman
  3. Rawatan integrasi homeopathy, Terapi Bio-Steam, Bio-Tradi & Bio-Sin & herba

Prinsip 3R yang digunapakai sejak 3 tahun yang lalu oleh dr Resd terbukti melalui testimoni-testimoni yang banyak dan pengalaman dari para terapis mereka. Selain itu, En. Shahir juga menerangkan tentang potensi rawatan bekam sunnah yang juga boleh menjadi satu cara untuk merawat resdung.

Kesimpulannya, banyak yang dapat dipelajari oleh para peserta seminar kali ini. Secara keseluruhannya semua peserta sangat berpuas hati dengan seminar ini dan mereka bakal menyambung untuk belajar di Seminar Intensive Resdung Power & Seminar Intensive Bekam Sunnah yang akan diadakan pada 16 & 17 Februari 2013 nanti. Nantikan video exclusive testimoni seminar ini tak lama lagi yea.

Atas sambutan hangat, kami akan mengadakan lagi seminar seperti ini pada 6 Februari 2013 (Rabu) Jam 8.00 malam – 10.30 malam. Untuk maklumat lanjut & pendaftaran, sila hubungi Pn. Dani di talian 011-28548683.

Essay primary homework help world war 2 option 3 we seek students who will become active, engaged members of our student body