RESDUNG : AWAS RISIKO MENJADI PARAH

Jika anda mengalami gejala-gejala seperti kerap bersin khususnya pada waktu pagi, gatal-gatal hidung, gatal di antara mata & muka, hidung tersumbat, muka berjerawat, rasa berlendir di hidung dan di tekak, sering sakit kepala & berat di muka serta alahan makanan laut, anda sebenarnya mengalami gejala penghidap masalah resdung atau ‘sinusitis’. Di kalangan masyarakat setempat, resdung telah menjadi sangat popular dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

 

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus (iaitu rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung). Biasanya, lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika saluran pada rongga sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus akan menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.

 

Apabila gejala resdung berlarutan sehingga ke beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai resdung akut. Kadangkala resdung akut ini adalah penyebab kepada demam dan selsema jangka panjang yang berpunca dari jangkitan bakteria di rongga sinus hingga menyebabkan ia bengkak dan menyempit. Jangkitan yang berpanjangan melebihi 3 bulan, resdung akut boleh menjadi kronik. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rongga sinus bernanah, berbau dan kerosakan pada lapisan hidung & tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan oleh doktor pakar. Risiko yang lebih parah lagi, jika dibiarkan tanpa rawatan, resdung memang boleh membawa maut secara tidak langsung yang berpunca dari komplikasi pada otak penghidap resdung.

 

Dewasa kini, pelbagai kaedah yang telah dijalankan sama ada secara sains moden ataupun secara tradisional untuk mengatasi masalah resdung. Ini termasuk ubat-ubatan antibiotik, spray nasal dan pembedahan oleh doktor pakar. Tidak ketinggalan juga pelbagai kaedah tradisional seperti bekam, asap rokok resdung, akupuntur, mengeluarkan lendir resdung, wap dan lain-lain lagi. Sebaiknya, bagi mereka yang mempunyai masalah resdung harus memeriksa dulu status resdung mereka dengan doktor atau mereka yang pakar. Dari situ, mereka akan dicadangkan dengan jenis rawatan yang sesuai dengan masalah mereka.

 

Sebagai langkah awal untuk mencegah dari risiko bahaya resdung, anda mungkin boleh berkunjung kepusat terapi resdung dR Resd di tingkat 1, Kompleks PKNS Shah Alam. Di dR Resd, terapi rawatan resdung dijalankan secara terapi ‘Bio-Herba Alami’ yang merangkumi beberapa kaedah terapi antaranya ialah Bio-Steam (terapi wap panas)Bio-Tradi (mengeluarkan lendir kotor sinus resdung) dan BioSin (proses mematikan kuman/jerawat pada muka). Menurut pengarah urusannya, Pn. Hamdani, “Alhamdulillah, kami telah menangani lebih dari 1000 orang pelanggan berdaftar khususnya mereka yang mengalami masalah resdung sejak ia ditubuhkan pada 2 tahun lalu. Selain terapi Bio-Herba, pelanggan juga akan menjalani terapi urutan ‘acupressure’ pada wajah untuk kulit yang lebih anjal dan terapi ‘eye-bag’ untuk mengatasi masalah lebam kantung mata & kesegaran mata”.

Untuk keberkesanan yang lebih baik, pelanggan digalakkan untuk menjalani terapi bulanan secara konsisten supaya masalah resdung dapat diatasi sepenuhnya dan dapat menjaga kesihatan kulit muka khususnya yang berjerawat & berjeragat. Di samping produk kapsul herba, mereka juga menawarkan sabun resdung dan bedak resdung yang dapat mencantikkan dan melembutkan kulit. Yang paling penting, semua produk telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, disahkan Halal oleh JAKIM.

 

Majoriti pelanggan yang datang rutin berpuas hati dengan terapi resdung yang dijalankan di sini. En. Muhd. Zaki, 35, salah seorang pelanggan dari Klang memberitahu bahawa masalah hidung gatal dan bersin-bersin yang dihidapinya sejak sekian lama sudah pun pulih dan kini beliau datang membawa isteri dan anaknya pula yang mengalami masalah yang sama.

Step 2 next up, right at the bottom of the itunes store which can be accessed from the left hand-side sidebar window, free cell phone spy app for android read the full information there you’ll see a flag