Betul Ker ??? Ada ulat hidup dalam hidung ???

ULAT RESDUNG

Kepercayaan wujudnya parasit atau ‘ulat’ di muka yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus atau dikenali penyakit resdung adalah mitos semata-mata.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, di sini, Dr Mohamad Hamzah berkata, pendapat seumpama itu kadangkala boleh dikaitkan dengan sihir, kerana ada segelintiran penghidap resdung lebih gemar merujuk masalah itu dengan bomoh berbanding doktor.

Beliau berkata, dalam bidang perubatan moden belum pernah terbukti wujud ‘ulat’ di bahagian itu. Katanya, resdung sejenis penyakit hidung disebabkan RADANG pada membran dan sinus pula adalah rongga dalam tulang muka yang diselaputi mukosa atau membran dan apabila bahagian terbabit dijangkiti virus, bakteria atau kulat itu boleh menyebabkan berlaku radang.

“Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda seperti hidung tersumbat, berhingus, sakit muka, kurang deria bau, sakit kepala, bau busuk dalam hidung dan demam.

“Jika ada yang mengalami tanda seperti itu perlu membuat pemeriksaan segera kerana hidung perlu diperiksa secara endoskopik untuk mengetahui punca resdung terjadi, tahap penyakit dan cara rawatan yang diperlukan,” katanya ketika ditemui pada majlis ceramah kesihatan sempena Kempen Sihat Merdeka 2003, di hospital itu, di sini semalam.
~ Berita Harian 4 Sept 2003

In 1879, father sorin’s vision paper writer free for notre dame appeared to be at a sudden, abrupt end