Jerebu Semakin Membimbangkan

Perkembangan masalah jerebu di negara kita sudah semakin serius. Bacaan indeks kualiti udara juga menunjukkan kualiti udara yang tidak sihat kepada paras yang merbahaya untuk kesihatan hingga menyebabkan banyak sekolah terpaksa ditutup.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohd Khairi Yakub, masalah jerebu boleh menjejaskan kesihatan terutama masalah yang berkaitan dengan pernafasan.

Beliau berkata, pihaknya mendapati jumlah kes jangkitan pada saluran pernafasan bahagian atas (URTI) meningkat 21 peratus berdasarkan jumlah kehadiran pesakit yang datang mendapatkan rawatan.
“Kumpulan umur yang paling banyak terjejas ialah 13 hingga 59 tahun,” katanya dalam jawapan kepada soalan yang dihantar Bernama melalui sistem pesanan ringkas di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini belum terdapat peningkatan jumlah kes asma dan konjunktivitis.

Beliau menasihti orang ramai supaya mengelak daripada melakukan aktiviti di luar serta memakai topeng jika perlu keluar dari rumah serta minum air yang banyak. Penghidap asma perlu lebih berhati-hati, katanya.

 

pesanan jerebu

Employment app also allows you to order further information search for employees based on specific skills or qualities, such as foreign languages spoken, qualifications gained, gender, driving license type and so on