Seminar Percuma! Asas Resdung & Program Pembangunan Usahawan dR Resd Siri 1

FAP_0850 FAP_0854 FAP_0927 FAP_0921 FAP_0913 FAP_0870

Alhamdulillah, seminar sulung ini berjaya diadakan di PKNS BizPoint, Seksyen 7 Shah Alam pada 26 Januari 2013 yang lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta. Pendaftaran dimulakan pada jam 9.00 pagi, namun jam 8.30 pagi sudah ada peserta yang hadir dan sangat teruja dengan semangat mereka.

Seminar dimulakan dengan senaman ringan oleh krew Hijrah Shoppe kira-kira jam 9.30 pagi sebagai teknik pemanas badan peserta. Sesi awal pagi dimulakan oleh En. Shahir Al Farid, selaku CEO Hijrah Shoppe & Founder pakarresdung.com menerangkan tentang apakah itu resdung secara umum. Beliau seterusnya membuka peluang kepada peserta untuk melontarkan soalan-soalan yang membelenggu mereka selama ini. Respon dari perserta sangat hebat dan 10 soalan dikumpul dan dicatat di whiteboard. Sesi seterusnya ialah bersama Dr. Radziah A.Aziz, pakar perubatan Homeopathy. Beliau menerangkan tentang masalah, gejala dan risiko penghidap resdung dari sudut perubatan. Beliau juga banyak mendedahkan tentang kes-kes rawatan resdung yang beliau kendalikan dan bagaimana cara-cara dan tips bagi mengatasi resdung. Sesi tengahari disambung lagi dengan taklimat program pembangunan usahawan dR Resd, disampaikan oleh En. Shahir Al Farid. Beliau mendedahkan tentang potensi bisnes terapi resdung ini yang dapat menjana pendapatan yang lumayan. dR Resd adalah kaedah terapi resdung yang berasaskan kepada prinsip 3R.

  1. Rawatan pada punca masalah
  2. Rawatan luaran dan dalaman
  3. Rawatan integrasi homeopathy, Terapi Bio-Steam, Bio-Tradi & Bio-Sin & herba

Prinsip 3R yang digunapakai sejak 3 tahun yang lalu oleh dr Resd terbukti melalui testimoni-testimoni yang banyak dan pengalaman dari para terapis mereka. Selain itu, En. Shahir juga menerangkan tentang potensi rawatan bekam sunnah yang juga boleh menjadi satu cara untuk merawat resdung.

Kesimpulannya, banyak yang dapat dipelajari oleh para peserta seminar kali ini. Secara keseluruhannya semua peserta sangat berpuas hati dengan seminar ini dan mereka bakal menyambung untuk belajar di Seminar Intensive Resdung Power & Seminar Intensive Bekam Sunnah yang akan diadakan pada 16 & 17 Februari 2013 nanti. Nantikan video exclusive testimoni seminar ini tak lama lagi yea.

Atas sambutan hangat, kami akan mengadakan lagi seminar seperti ini pada 6 Februari 2013 (Rabu) Jam 8.00 malam – 10.30 malam. Untuk maklumat lanjut & pendaftaran, sila hubungi Pn. Dani di talian 011-28548683.

Essay primary homework help world war 2 option 3 we seek students who will become active, engaged members of our student body

Pengunaan Garam Bukit Dalam Rawatan Resdung

Saya ingin share satu posting menarik di internet, bunyinya begini…
RESDUNG……
Satu penyakit yang boleh dikatakan semua orang ada… Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja…
Memandangkan saya adalah penghidap resdung tegar maka telah 1001 rawatan yang saya cuba sejak di bangku sekolah lagi….. Dari rokok resdung sampai la ke herba dimasuk ke dalam hidung….. nampaknya semuanya kurang berkesan lebih-lebih lagi kalau dah tumbuh polip (yang menghalang pernafasan)… sehinggalah……..
Saya sampai ke bumi barakah Syam as Syariff… Syria….. Seorang akhawat Naqshbandi dari Singapura memberi tahu saya bahawa Maulana Sheikh Nazim menyarankan rawatan dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung…


Caranya begini lebih kurang:
1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan secebok air suam). Garam sebenarnya adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif!!!
2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan selawat syifa’ 3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan ‘hidung’.
3) Sedut seumpama istinsya’ (perbuatan memasukkan air ketika wudu’) beberapa kali.
4) Ulang 3 kali sehari…. sehingga reda… Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi….
5) Tawakkal kepada Allah… Insya Allah sembuh…
Cara yang kedua…..:
Sheikh Nazim juga menyarankan agar dimasukkan sedikit minyak zaitun dan cili yang dipanaskan sedikit ke dalam hidung… tapi cara ini saya tak pernah buat.. katanya agak menyakitkan…
Setelah bertahun saya mengabaikan teknik ini…. tiba2 kakak saya mencadangkan perubatan menggunakan ‘nasal pot’ yang menggunakan garam bukit untuk rawatan sinus…….
Oooh, rupanya orang barat dah buat kajian dan mungkin agaknya mereka meniru cara tok2 guru kita mengubat resdung kot… :)
Bezanya mereka memasukkan air garam ke dalam lubang hidung sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui lubang hidung kiri dan begitulah sebaliknya…
Atau paling kurang anda jangan sekali-kali meninggalkan amalan istinsya; ketika berwuduk!!!!!
Selamat mencuba!!!!! Insya Allah dengan keberkatan amalan kekasih Allah… sembuh….Amiin!!! ….
Sumber dipetik dari: http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/10/pengunaan-garam-bukit-dalam-rawatan.html

Given the preamble, there is also a hint that the adcom will be looking for a sense https://writemyessay4me.org/ of vision in executing one’s ultimate goal

Seminar Asas Terapi Resdung & Program Pembangunan Usahawan dR Resd

Anda semua dijemput hadir ke seminar ini. PERCUMA ! jika daftar untuk 2 orang ye. Terhad kepada 30 peserta sahaja.

Tarikh: 26 Januari 2013 (Sabtu)

Masa: 9 pagi – 1 petang

Tempat: PKNS Biz point, Seksyen 7, Shah Alam

263063_198517973529902_2378278_n

Apakah kelebihan Seminar ?

  • Pelajari apakah risiko-risiko masalah resdung jika tidak dirawat
  • Pelajari apakah jenis-jenis rawatan resdung secara modern (medical) & tradisional
  • Pelajari tips bagaimana dapat mengatasi masalah resdung dengan cepat
  • Pelajari kaedah rawatan / terapi resdung yang terbaik & berkesan
  • Pelajari kaedah asas rawatan terapi resdung seperti kaedah steam, membuang lendir & bekam sunnah (al-hijamah) dan lain-lain
  • Pelajari potensi perniagaan dR Resd yang dapat menjana pendapatan lumayan antara RM2,000 ke RM40,000 sebulan.
  • Pelajari bagaimana anda dapat memulakan perniagaan anda sendiri di bawah program bimbingan keusahawanan dr Resd

 

Siapa Patut Hadir ?

  • Pemilik salon, kedai herba & pusat terapi
  • Usahawan & bakal usahawan
  • Kakitangan kerajaan & swasta
  • Lepasan SPM / Lepasan IPT
  • Mahasiswa & Mahasiswi

 

Penyampai:

  1. En. Shahir Al Farid (CEO & Founder dR Resd & Hijrah Shoppe)
  2. Dr. Radziah (Pakar Perubatan Homeopathy & Founder Homeopathy Radziah & Akuaje)
  3. Live Testimoni pengguna produk dR Resd
  4. Live Testimoni agen produk dR Resd

Yuran Seminar: RM50 /orang, atau PERCUMA jika daftar 2 orang.

Untuk mendaftar, klik http://seminarresdung.eventbrite.com/

72983_350118371708203_1441304658_n  _MG_9105

 

Lokasi Seminar: PKNS Bizpoint

lokasi pkns biz point

Tell us visit this blog page the story of a time in your own life or career when you had to overcome an obstacle, start over, or rebuild